assalamaualaikum :)

lupa pulak nak update post baru lepas dapat result tu :D okay , mula cerita . bangun pagi lagi awal drpd loceng aku berbunyi . nak tidur balik tapi tak boleh sebab jantung dah dup dap laju gila . sampai sekolah , semua org belum sampai . duduk sorang2 dekat kantin tu . makin lama makin ramai datang . jantung lagi laju dup dap . masa semua kawan sampai semua dah cerita . risau lah apa lah . Waniey lah orang yang paling risau tahap gaban time tu . Hazim pulak dah dapat tau result awal2 , 8A pulak tuh -.- tahniah !

entah berapa lama tunggu kat situ , cikgu pun datang bawak kertas2 tu . belum pape lagi aku dah mula nangis . pelik gila . belum dapat result pun sebenarnya -.- bila dah sebut semua budak yg dapat 8A mula lah semua serbu cikgu . gila weh perasaan time tu :3 waniey dapat result awal drpd aku , dia tak pecaya dapat 7A1B . gembira aku tengok dia . bila dapat result ku pulak memang terkejut beruk . terkejut singa semua ada . Alhamdulillah walaupun tak dapat 8A tapi aku bangga dengan diri aku . lagi2 Math . wooohoo ! pegang je kertas tu terus peluk Waniey . lama jugak lah peluk , semua dah pandang . tapi peduli apa time tu kan :D

tapi sampai sekarang pun aku tak tau nak masuk kelas apa . 10 subjek woo ! tunggu jela bila start sekolah nanti . masih lagi fikir . and post today pendek je . mata nak rehat dah . macam apa aku taip hari ni , merepek habis -.-

dah reti baca tau lah like , comment lagi bagus :]

berserah :'(

assalamualaikum :)

takde perasaan lain sekarang selain daripada takut . takut and takut . lagi 34 jam ! gila lah woi . serious takut gila . padahal rilex je , takde lah takut mana . nanti bila dah berbaris nak amik result , time tu macam nak tercabut jantung . ceh , macam dah pernah lalui je . eh pernah lah sekali masa nak amik result UPSR . tu pun macam takde feeling . nak gembira ke nak sedih ? time tu diam jela . lagipun memang time nak amik exam tu ad masalah yang kacau kepala aku . eh lebih pulak tercerita ni .

macam mana nak hadapi hari khamis ni . semua tanya2 , ' kau target apa ? ' gila la weh nak target time2 sekarang . rasanya target aku sebelum ni pun entah kemana dah . tak dapat nak bayangkan pun dapat berapa A . kalau banyak Alhamdulillah . kalau sikit kecewa . kalau takde langsung itu aku fikir bila dah nak masuk sekolah nanti . pasrah jela . kalau boleh esok malam aku taknak tidur . nak tunggu je siang . mandi , siap2 then terus pergi sekolah . tunggu cikgu2 semua datang , semua hati nak tebakar dah kan . jantung dah berdegup laju gila . sementara tunggu baca lah doa . then , bila cikgu panggil nak jaln pun terketar2 macam org jumpa hantu je kan . bila dah pegang kertas tu mesti menjerit ( kalau bagus ) . kalau tak senyap je . stress , dah tak payah fikir . lalui dengan mudah . ayat ni rasa pelik sikit ah .

pasrah je dapat result apa pon . dah buat yang terbaik . tapi aku rasa masa exam tu bukan yg terbaik bagi aku sbb tak belajar masa F1 €and F2 . yang penting tahun depan buat yang terbaik . F4 bukan untuk enjoy .

to be continued after get the reslut ..........

dah reti baca tau lah like , comment lagi bagus :]